Monday, March 28, 2011

atuk.


Ini sekadar luahan hati,
tiada niat hendak memarahi, 
hanya kekecewaan terdetik dihati.

Puisi untuk orang yang disayangi,
terlalu sedih melihat melalui pancaindera dan hati,
kelihatan jelas dari matanya sendiri, menangis hanya simpan dihati.

Diri ini hanya mampu bersimpati dan menangis bila seorang diri.
kecewa dengan keluarga sendiri mungkin termaksukla diriku ini.
terlalu mementingkan diri sehingga membiarkan dia menyendiri.

Ada cucu, anak dan isteri, cicit baru juga ada sekali, tetapi hidup terasa sepi,
aku cucu yang cuba memahami jiwa atuk yang disayangi,
perjalanan hari demi hari yang semakin perlahan berlari.

Bukan untuk meraih simpati tetapi mengharapkan kegembiraan hati,
jiwa kuat demi berbakti merdekakan negara untuk hidup aman begini,
masih tidak mahu menyusahkan selagi dirinya mampu berdiri.

Itula dirinya yang sentiasa dihati terhadap setia insan yang ditemui,
hati ini gembira sekali melihat senyuman manis yang masih mampu diukir,
doa saja yang mampu diberi, dikumpul dan dibekalkan untuk dirinya nanti..

No comments:

Facebook Badge